Pengenalan
Perakuan Kebenaran Mengajar Agama Negeri Pahang Atas Talian @ e-Perakuan.
E-Perakuan adalah merupakan satu inisiatif bagi memudahkan umat Islam negeri Pahang untuk memohon perakuan mengajar agama Islam di negeri Pahang dari Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang secara atas talian (On-Line). Keperluan e-Perakuan ini adalah berdasarkan kaedah 2, Kaedah-kaedah Perakuan Kebenaran Mengajar Agama Islam (Pahang) 2017 iaitu menafsirkan mengajar agama Islam ertinya mengajar atau memberi ceramah, syarahan, kuliah, khutbah, tazkirah atau dengan apa-apa cara sekalipun yang seumpama dengannya, berhubung dengan agama Islam kepada orang ramai.
e-Perakuan
ini dapat menyediakan pelbagai jenis kemudahan kepada pengguna antaranya permohonan perakuan baharu, permohonan mempebaharui perakuan, menyemak perakuan mengajar dan mendapatkan dokumen digital perakuan mengajar.
Bagi pengguna-pengguna sedia ada Zakat4Pengajian Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang, pendaftaran pengguna baharu adalah TIDAK PERLU dan boleh terus menggunakan e-Perakuan.
Bagi pengguna baharu, sila lihat Panduan Penggunaan e-Perakuan.
[ Sila Klik Di sini ]
Pentadbir e-Perakuan
Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang