Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang
Hubungi kami : 09 422 1311 | perakuanmengajar@muip.gov.my     MY | EN





Pengenalan
Perakuan Kebenaran Mengajar Agama Negeri Pahang Atas Talian @ e-Perakuan.

E-Perakuan adalah merupakan satu inisiatif bagi memudahkan umat Islam negeri Pahang untuk memohon perakuan mengajar agama Islam di negeri Pahang dari Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang secara atas talian (On-Line). Keperluan e-Perakuan ini adalah berdasarkan kaedah 2, Kaedah-kaedah Perakuan Kebenaran Mengajar Agama Islam (Pahang) 2017 iaitu menafsirkan mengajar agama Islam ertinya mengajar atau memberi ceramah, syarahan, kuliah, khutbah, tazkirah atau dengan apa-apa cara sekalipun yang seumpama dengannya, berhubung dengan agama Islam kepada orang ramai.

e-Perakuan ini dapat menyediakan pelbagai jenis kemudahan kepada pengguna antaranya permohonan perakuan baharu, permohonan mempebaharui perakuan, menyemak perakuan mengajar dan mendapatkan dokumen digital perakuan mengajar.


Bagi pengguna-pengguna sedia ada Zakat4Pengajian Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang, pendaftaran pengguna baharu adalah TIDAK PERLU dan boleh terus menggunakan e-Perakuan.

Bagi pengguna baharu, sila lihat Panduan Penggunaan e-Perakuan.
[ Sila Klik Di sini ]

Pentadbir e-Perakuan
Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang

PANDUAN PERAKUAN KEBENARAN MENGAJAR AGAMA ISLAM

Pengenalan

Tafsiran : iaitu Kaedah 2, Kaedah-kaedah Perakuan Kebenaran Mengajar Agama Islam (Pahang) 2017 menafsirkan mengajar agama Islam ertinya mengajar atau memberi ceramah, syarahan, kuliah, khutbah atau dengan apa-apa cara sekalipun yang seumpama dengannya, berhubung dengan agama Islam kepada orang ramai.


Perakuan Kebenaran Mengajar Agama Islam: iaitu Perakuan yang diberikan kepada mana-mana orang oleh Jawatankukasa Penasihat Pendidikan Agama bagi maksud Kebenaran mengajar agama Islam di mana-mana kawasan di dalam negeri Pahang selama tempoh sah Perakuan. Sesuatu perakuan adalah sah untuk tempoh tidak melebihi dua (2) tahun.

Kelayakan

SYARAT KELAYAKAN : Sebagaimana dalam Kaedah 6, Kaedah-Kaedah Perakuan Kebenaran Mengajar Agama Islam (Pahang) 2017 :
  a. Beragama ISLAM dari kalangan AHLI SUNNAH WAL JAMAAH;
  b. Sempurna akal;
  c. Berakhlak baik;
  d. Mempunyai :-
         (i)   kelulusan dalam pengajian tinggi Islam dari universiti tempatan atau luar negara yang diiktiraf oleh Majlis;
         (ii)  kelulusan dari institusi pengajian Islam tempatan; atau
         (iii) pengetahuan dalam Hukum Syarak.

Syarat Mengajar

Syarat-syarat mengajar: Sebagaimana dalam Kaedah 11, Kaedah-Kaedah Perakuan Kebenaran Mengajar Agama Islam (Pahang) 2017, mana-mana orang yang telah diberikan Perakuan, termasuklah yang diperbaharui, hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat yang berikut:
      (a) tidak menyebarkan apa-apa fahaman atau ajaran yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah;
      (b) tidak menghina apa-apa perkara furu' ;
      (c) tidak menyentuh apa-apa perkara berhubung dengan kedaulatan dan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan mana-mana Sultan sebagai Ketua agama Islam dalam sesebuah Negeri;
      (d) tidak menghina perkara khilafiah yang terdapat dalam empat mazhab yang muktabar (Syafie, Hanafi, Maliki dan Hanbali);
      (e) tidak menyentuh isu politik kepartian;
      (f) tidak menyentuh secara langsung peribadi mana-mana individu;
      (g) mematuhi apa-apa peraturan yang dikenakan oleh pihak berkuasa yang relevan;
      (h) tidak menghina mana-mana pihak berkuasa agama;
      (i) tidak mengutip derma tanpa kebenaran bertulis daripada Majlis; dan
      (j) mematuhi apa-apa syarat lain yang ditetapkan oleh Jawatankuasa dari semasa ke semasa.
klik disini untuk GARIS PANDUAN BERCERAMAH



NOTIS

01

Januari

2019

Perakuan Mengajar Secara Atas Talian

Mulai 1 Januari 2019, permohonan perakuan mengajar agama Islam di dalam negeri Pahang hendaklah dibuat secara atas talian.

31

Januari

2019

Sijil Perakuan Mengajar Agama Islam Digital

Mulai tahun 2019, sijil perakuan mengajar agama Islam di dalam negeri Pahang boleh diperolehi secara atas talian selepas permohonan diluluskan .

HUBUNGI KAMI

PENGERUSI
JAWATANKUASA PENASIHAT PENDIDIKAN AGAMA NEGERI PAHANG

Alamat:
Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang
Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah
26600 Pekan, Pahang


Negara:
Malaysia


E-mail:
perakuanmengajar@muip.gov.my



Like Kami Di Media Sosial

muipinfo

Tel. : 09 - 422 1311

Unit Pendidikan (Urus setia Tauliah)
ext. 1016